Saturday, September 17, 2016

REVIEW FILEM 'TRAIN TO BUSAN'

Aku baru je habis tengok filem ni.
Tengok kat rumah je la. Tak tahu celah mana encik suami download. Memandangkan dah ada, kita layan saja lah.
Overall, cerita yang best dan mendebarkan. Zombie kot. Mayat hidup yang keje dia kejar orang, lepas tu jangkitkan orang lain melalui gigitan. Sapa tak dup dap dup dap.


Kisah macam mana penumpang train nak selamatkan diri dari zombie.
Pengorbanan seorang bapa yang sanggup terjun landasan semata-mata nak selamatkan anak dia, dia dah kene gigit masa bergaduh dengan satu zombie, jadi sebelum dia jadi zombie sepenuhnya, dia cepat-cepat letakkan anak dia kat tempat selamat, ajar perempuan mengandung tu cara nak handle train.
Pengorbanan seorang suami, rela digigit zombie semata-mata nak selamatkan isteri dia yang tengah mengandung tu. Kritikal sangat babak ni. Sikit lagi group dorang da nak sampai ke gerabak yang selamat, hanya satu pintu je yang memisahkan, tapi akhirnya si suami ni terpaksa berkorban.

Ada watak jahat. Nak kata jahat ke tak, tapi aku panggil jahat je la. Sebab sikap dia yang sangat pentingkan diri yang mana akhirnya memakan diri. Dah la tua. Siap kata dia manager apa tah. Haih orang macam ni pun ada yer. Tak guna sangat ditolong. Sebab dia akan amik kesempatan dekat kita yang ikhlas ni.

Ada babak sedih bila si anak menangis-nangis panggil bapa dia, ohoi mendayu-dayu ok. Walaupun tujuan utama si anak dengan si bapa ni, nak pergi ke Busan, nak bertemu emak dia, tapi sampai ke akhir cerita, kita tak tahu anak tadi tu dapat ke tak berjumpa dengan emak dia.
Aku macam ada pernah baca kat berita kononnya akan ada sekuel filem ni. Tunggu je la kalau ada.

Ok itu je nak tulis. Recomended la untuk korang tengok movie ni. 
Sampai jumpa lagi kat lain entry. Daa..

Wednesday, September 7, 2016

APA ERTI MESRA PELANGGAN UNTUK ORANG YANG KERJA FRONT DESK?

Kat mana-mana tempat kita pergi, mesti ada orang yang kerja bahagian front desk.
Umumnya orang yang keje front desk ni macam receptionist dan kaunter pertanyaan adalah tempat pertama sekali kita tuju bila kita ada persoalan nak tanya. So kita (biasanya) memang expect mereka ni serba tau la. Ikut logik, kita baru je sampai mesti la banyak benda tak familiar.

Lebih daripada tu, kita pun memang akan expect mereka ni MESRA pelanggan.
Sebab ada kemungkinan kita akan tanya pelbagai soalan. Dan jugak mungkin akan tanya soalan sama berulang-ulang kali. Cuma tukat ayat ke, tone suara ke. Lain orang lain gaya kan?

Tapi aku perhatikan, banyak orang yang keje front desk ni tak mesra.
Muka nak garang. Nada cakap nak mendatar je. Serius (konon).

Aku jenis orang yang serius juga. Tapi ikut keadaan la kan. Takkan ko nak tayang muka serius je sepanjang masa. Customer bosan ok.

Tak boleh ke bercakap dengan suara yang ada tone. Suara happy ke, suara senyum ke.
Raut muka, tak boleh ke nampak mesra, ceria.

Aku faham la beban KERJA mungkin banyak untuk mereka yang jadi front desk ni kan.
Tapi fikir la, awak tu mencerminkan organisasi awak bekerja, so muka kene manis sket yer..
Tolong lah MESRA pelanggan. Kerja dengan orang, bukan kerja dengan barang.

Sekian.